KUALA LUMPUR : Penularan kenyataan mengenai pemberian 200,000 sijil kewarganegaraan kepada warga China yang tular di laman sosial dipercayai berita palsu.

Kenyataan tersebut telah ditularkan oleh pemilik laman sosial Facebook dan Twitter dikenali Tengku Raja Alam Shah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang- undang (D5) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, akaun tersebut dipercayai palsu dan dibuka oleh individu tersebut bagi memfitnah Jabatan Pendaftaran Negara.

Ujarnya, satu laporan polis telah diterima pihaknya semalam oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berhubung perkara itu.

“Ekoran itu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan kita masih mengesan individu disebalik akaun tersebut,”

-UTUSAN ONLINE