KUALA LUMPUR: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun dipercayai terbabit khianat dengan api.

Berikutan itu, satu wajah suspek diedar untuk perhatian orang ramai.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, lelaki dikenali M Buvaneswaran beralamat kali terakhir di Nombor 343, Taman Tan Yew Lai, Batu 6, Jalan Puchong, di sini.

“Kami mohon orang ramai untuk bekerjasama sekiranya mempunyai maklumat berhubung suspek ini. Mereka boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat untuk menyalur maklumat,” katanya.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Brickfields, Inspektor Mohd Razif Karim di talian 03-90512222 atau 013-9661566 atau Pusat Kawalan Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/585 atau mana-mana balai polis berhampiran – berita harian