KUALA LUMPUR : Polis Kuala Lumpur mengesahkan ada menerima satu laporan polis dibuat pengadu bernama Dr Setev Shariibuu di Balai Polis Dang Wangi, KL, pada jam 12.03 tengah hari, semalam.

 

Dr Setev adalah bapa kepada model Mongolia, Altantuya yang dibunuh di negara ini pada 2006.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya juga sudah keterangan Dr Setev pada jam 9 pagi tadi.

“Seterusnya, pihak polis akan merujuk semula siasatab ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Dr Setev membuat laporan polis bagi membolehkan kes pembunuhan anaknya itu pada tahun 2006 dibuka semula.

Peguam Dr Setev, Ramkarpal Singh, berkata pihaknya berharap laporan itu akan membuka kembali kes berkenaan untuk disiasat secara menyeluruh termasuk mendakwa individu bertanggungjawab terhadap pembunuhan Altantuya – berita harian