KUALA LUMPUR 22 Mac – Polis menemukan mayat seorang lelaki dipercayai terjatuh di dalam longkang di Pangsapuri Nilai, Bandar Baru Ampang di sini hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa yang menaiki sebuah motosikal dikatakan telah ke lokasi tersebut untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tiba-tiba terjatuh sebelum ditemukan orang awam.-UTUSAN ONLINE