PETALING JAYA: Polis Johor dan Selangor menyerbu acara tertutup Syiah malam tadi, menahan warga asing dalam tindakan berterusan terhadap pengikut fahaman Islam kedua terbesar yang dianggap sesat oleh pihak berkuasa.

Dipercayai sekurang-kurangnya 20 pegawai Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) tiba sebelum jam 11 malam dengan diiringi polis di satu acara tertutup di Kempas, di mana pengikut menghadiri upacara memperingati ulang tahun kematian Hussein, cucu Nabi Muhammad.

8 orang ditahan, termasuk seorang warga Yaman dan 2 warga Singapura.Mereka disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor kerana melanggar perintah sultan, mufti serta fatwa, yang membawa hukuman denda RM3,000 dan 1 tahun penjara.

Di Bandar Sunway dekat sini, pihak berkuasa Islam Selangor menyerbu satu acara tertutup yang dihadiri penganut Islam Pakistan bagi mengingati Hari Asyura, dalam tindakan keras berterusan terhadap pengikut Syiah, yang disokong Menteri Besar Amirudin Shari.

Amirudin berkata serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas penganut Syiah di Gombak minggu lalu mengikut tatacara operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Trak yang digunakan ketika menahan pengikut Syiah termasuk wanita dan kanak-kanak di pusat kegiatan Syiah di Gombak, Selangor pada 6 Sept lalu.Beberapa tangkapan dibuat, sebagai tambahan terhadap 23 yang ditahan pada 6 Sept dalam serbuan Jais di sebuah pusat kegiatan Syiah di Gombak.

“Kita tidak pernah kacau orang Syiah. Tetapi di Malaysia, orang Malaysia yang sudah beragama Islam, tidak boleh dikembangkan ajaran itu,” kata Jamil.

Pihak berkuasa agama di Malaysia sejak sekian lama menguatkuasakan fatwa mengisytiharkan ajaran Syiah sebagai “sesat”,