KINABATANGAN: Polis masih menyiasat dakwaan yang mengatakan ada parti politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut memberi sogokan RM200 kepada setiap pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), baru-baru ini.

Difahamkan, laporan dibuat ejen Parti Warisan Sabah (WARISAN) selepas mendakwa memiliki bukti dan saksi berhubung perbuatan rasuah itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu, kelmarin.

Katanya, laporan dibuat seorang lelaki berusia 45 tahun yang mendakwa beliau dimaklumkan beberapa individu bahawa wujud aktiviti memberi RM200 kepada pengundi di beberapa kampung di Tongod, bermula pagi sehingga masa pengundian ditutup pada PRU-14.

“Laporan itu turut mendakwa dua suspek lelaki yang belum diperoleh butiran lanjut mereka dipercayai terbabit melakukan perbuatan berkenaan.

“Bagaimanapun belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ramli berkata, pihaknya meneruskan siasatan mengikut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 – berita harian

Polis masih menyiasat dakwaan yang mengatakan ada parti politik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut memberi sogokan RM200 kepada setiap pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), baru-baru ini – berita harian