JOHOR BAHRU – Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes pencemaran toksik Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, dua daripada mereka ditahan di Johor manakala tujuh lagi ditahan di luar negeri ini.

“Semua mereka kini direman selama enam hari bermula hari ini sehigga 23 Mac ini,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 278, Seksyen 284 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan – Mynewshub