IPOH: Polis menahan empat suspek berumur 21 hingga 35 tahun dipercayai terlibat dalam kejadian tiga lelaki cedera ditembak di Menglembu di sini kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, polis juga telah mengenal pasti beberapa suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu dan sedang mengesan mereka untuk ditahan.

Menurutnya, kes tersebut melibatkan kumpulan kongsi gelap yang dikenali Geng 08 dan Geng 21.

“Dalam kejadian kelmarin, suspek melepaskan enam das tembakan dan kes ini diklasifikasi sebagai cubaan bunuh menggunakan pistol,” katanya dalam kenyataan hari ini.