IPOH – Polis Perak telah menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM42,000 dalam serbuan sebuah rumah di Buntong, di sini Isnin lalu.

Serbuan pada jam 11.30 pagi itu, telah dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen Perak.

Ketua JSJN Perak, R. Ravi Chandran berkata, suspek berusia 27 tahun itu telah ditahan di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dibuat.

“Ketika serbuan itu hasil pemeriksaan yang telah dijalanlan, polis telah menjumpai dadah jenis Syabu anggaran berat 240 gram, Herin anggaran berat 90 gram dan Ganja anggaran berat 70 gram.

“Suspek juga didapati mempuyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan kes dadah dan ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Tambah beliau, polis turut menyita harta milik susupek iaiatu semua kenderaan jenis Toyota Vios dan Perodua Alza untuk membantu siasatan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.