KUALA LUMPUR: Polis menembak mati lima penjenayah yang menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Kuchai Lama, di sini, jam 4.30 petang tadi.

Dalam kejadian itu, empat penjenayah ditembak mati di lokasi kejadian, manakala seorang lagi suspek ditembak dalam kenderaan yang dikejar oleh anggota polis kira-kira satu kilometer dari lokasi terbabit.

Dua pistol dan beberapa parang turut dirampas. Polis juga berjaya mendapatkan sebahagian besar barang kemas yang disamun lima suspek terbabit.

Difahamkan seorang anggota polis cedera akibat terkena tembakan di bahagian kaki dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pihak polis masih melakukan siasatan lanjut di lokasi kejadian – berita harian