KUALA LUMPUR: Pos Malaysia akan mengeluarkan setem khas edisi terhad sempena ulang tahun ke-93 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Al-Ishsal Ishak berkata setiap lembaran ‘Setem Ku’ menampilkan reka bentuk berbeza dan dijual dengan harga 60 sen setiap satu.

Setiap folder mengandungi tiga lembaran Setem Ku, yang menampilkan saat-saat mesra antara Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta hari bersejarah apabila Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia, katanya pada sidang media di ibu pejabat Pos Malaysia di sini.

Al-Ishsal berkata Pos Malaysia memberi penghormatan kepada ikon prolifik Malaysia itu dengan menghasilkan set folder khas – astro awani