BUTTERWORTH: Pemilihan PKR Cabang Bagan, di sini, dicemari kekecohan berpunca daripada poster berbaur perkauman yang diedarkan individu tidak bertanggungjawab di pusat pengundian di situ.

Difahamkan, poster itu diedarkan seorang ahli PKR yang kemudian mengundang rasa tidak puas hati beberapa penyokong lain sehingga menimbulkan ketegangan di antara dua kumpulan di situ.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pihaknya berjaya menyuraikan keadaan dan keadaan kembali tenang.

“Polis ditempatkan di setiap pusat pengundian bagi mengawal lalu lintas dan keselamatan orang ramai di kawasan itu.

“Kita memang memantau setiap pusat pengundian bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya – berita harian