Subscribe Now

Trending News

PPA1M Bukit Jalil Siap Lebih Awal
Nasional

PPA1M Bukit Jalil Siap Lebih Awal 

KUALA LUMPUR: Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil di sini siap lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan dan seramai 1, 536 penjawat awam yang membeli kediaman tersebut menerima kunci rumah masing-masing hari ini.

Kunci rumah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Perdana Menteri berkata, PPA1M Bukit Jalil merupakan satu lagi projek hasil pelaksanaan agenda pembangunan oleh kerajaan yang memberi manfaat kepada para penjawat awam.

“PPA1M merupakan satu pengiktirafan kepada penjawat awam yang merupakan tunjang kepada jentera pentadbiran kerajaan.

“Kerajaan menyasarkan pembinaan sebanyak 200,000 unit PPA1M untuk penjawat awam di seluruh negara dan sehingga kini kerajaan telah meluluskan sejumlah 135,456 unit PPA1M yang terdiri  daripada 433 projek di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Dilancarkan pada 8 April 2015, PPA1M berjaya disiapkan 17 bulan lebih awal hasil prestasi cemerlang pemaju. – UTUSAN ONLINE.

Related posts