MERU: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah menyumbang sebuah van jenazah kepada Masjid Taman Jati pada Jumaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi PPPNP menyampaikan replika kunci van kepada Pengerusi masjid berkenaan, Saifuddin Asri pada satu majlis selepas solat Jumaat.

Sumbangan van jenazah bernilai kira-kira RM 120,000 itu akan memberi manfaat kepada lebih 1,000 ahli kariah masjid berkenaan khususnya bagi urusan jenazah.

Saifuddin ketika ditemui pemberita berkata pemberian van itu adalah selaras dengan pembinaan masjid baru Muhammad Al-Fateh Taman Jati Ipoh yang bernilai RM 3.7 juta.

“Pihak JKR telah menyerahkan masjid baru ini kepada Jawatan Kuasa Kariah Masjid pada 31 Ogos 2016. ”

“Kami akan menggunakan sepenuhnya sebaik mungkin van jenazah ini bagi urusan jenazah ahli kariah masjid.”katanya.
WhatsApp Image 2017-03-31 at 15.03.04

WhatsApp Image 2017-03-31 at 15.03.07