IPOH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyasarkan lebih banyak bangunan kerajaan di negeri ini memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC) bagi memastikan premis berkeadaan baik dan selamat diduduki.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, setakat ini hanya 40 peratus daripada keseluruhan bangunan kerajaan mempunyai FC.
“Bukan menghukum tetapi ini sebahagian daripada tanggungjawab ketua-ketua jabatan untuk pastikan ruangan pejabat kerajaan bebas daripada unsur-unsur bahaya kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Hormat Pengarah JBPM Perak baharu di JBPM Perak, Meru Raya di sini.
Turut sama, Timbalan Pengarah JBPM Perak baharu, Mohd Zaki Omar.
Menurutnya, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan kerajaan secara berperingkat bagi membincangkan perkara itu.

“Ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini sekaligus mengelakkan kerajaan daripada menanggung kerugian,” katanya – sinar harian