KUALA LUMPUR: Perwakilan Perak menyifatkan ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ucapan yang menjurus minda ahli-ahli parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Beberapa perwakilan yang ditemui berkata, Presiden telah menanam keyakinan terhadap perjuangab di dalam setiap diri ahli.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, Najib turut mengingatkan ahli parti mengenai pentingnya kerja sepasukan, kesetian kepada parti, kerja kuat dan berfokus di samping jangan sabotaj parti.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah berbuat jasa dan akan buat banyak lagi untuk rakyat Malaysia.

“Oleh itu rakyat Malaysia perlu beri kepercayaan kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14),” katanya kepada Suara Perak.

Ketua UMNO Bahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan pula berkata, ucapan presiden kali ini terbuka dan berterus terang
kenapa UMNO/BN wajib dipertahankan dan menang besar dlm PRU14.

“Beliau mengajak ahli UMNO jangan ulangi kesilapan PRU13 yang lalu kerana percaya dengan spekulasi dongengan dan pembohongan.

“Beliau turut mengingatkan rakyat supaya jangan lagi terperdaya dgn dongengan penipuan … cukup-cukuplah kerana UMNO dan BN sudah terbukti mempunyai kompas yang tepat menuju ke distinasi TN50,” ujarnya.

Samsudin berpendapat, ucapan Najib telah membakar semangat para perwakilan rasmi di samping memberi peringatan pentingnya perang siber habis-habisan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminudin Md Hanafiah pula berkata, orang UMNO mesti meneruskan perjuangan dengan penuh keyakinan kerana parti berada di landasan yang benar.

“UMNO berterusan membina negara dan membantu rakyat, pihak pembangkang pula penuh dengan pembohongan dan penipuan dalam cubaan menagih perhatian rakyat,” katanya.