IPOH: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang dipalit kontroversi berhubung Piala Malaysia, mengumumkan perletakan jawatan hari ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk memberi tumpuan kepada tugas sebagai Exco kerajaan negeri Perak.

Beliau berkata, keputusan itu bukan disebabkan oleh tekanan daripada mana-mana pihak.

“Namun saya tidak menafikan keputusan ini juga serba sedikit disebabkan desakan daripada penyokong,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PAFA di sini, hari ini.

Menurut Hasnul, beliau akan menyerahkan surat rasmi perletakan jawatan itu dalam masa terdekat.

Berita lanjut menyusul