IPOH – Ipoh sekali lagi menjadi tajuk utama di dalam berita antarabangsa apabila akhbar The New New York Times (NYT) menyarankan bandar ini sebagai destinasi yang mesti dilawati.
Pengerusi JawatankuasaPengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata penulisan artikel tersebut yang memfokuskan kepada produk pelancongan berasaskan kafe hipster yang banyak terdapat di kawasan Old Town.
IMG_0086
“Kebanyakan kafe hipster yang disenaraikan dalam artikel yang bertajuk’ Why Ipoh, Malaysia Should Be on Your Travel Radar’ yang disiarkan dilaman web akhbar tersebut terletak di Old Town dan semuanya adalah produk tempatan.
“Ini bermaksud penduduk tempatan sendiri yang melabur dengan membuka perniagaan-perniagaan tersebut dan bukannya jenama-jenama antarabangsa yang datang dan membangunkan Ipoh,” ujar beliau yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan┬áBadan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) ke-29 di kediaman Menteri Besar Perak hari ini.
Menurut beliau, semakin hari nama Ipoh semakin dikenali khasnya di media antarabangsa lantaran liputan yang diterima dari akhbar bertaraf dunia.
“Semestinya artikel tersebut akan menambah nilai kepada sektor pelancongan di Ipoh khususnya kerana NYT itu sendiri mempunyai jumlah pembaca yang sangat ramai bukan sahaja di Amerika Syarikat malahan seluruh dunia dan ia juga memiliki kredibiliti yang baik.
“Secara tidak langsung ia juga menarik perhatian para pelancong untuk berkunjung dan merasai sendiri pengalaman di sini sekaligus mengangkat nama Ipoh,” tambah beliau.
Antara lain, artikel yang disiarkan pada 28 Feb lalu menyenaraikan hotel dan kafe hipster yang beroperasi dari bangunan lama dengan hiasan dalaman yang eksentrik juga menawarkan pelbagai hidangan Melayu dan Barat yang disesuaikan dengan selera Asia.