KUALA KANGSAR: Lembaga Air Perak (LAP) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) semasa Permukiman Menteri Besar di Daerah Kuala Kangsar.

Di surau Kampung Talang Trosor dalam DUN Lintang, LAP menggantikan pepasang air sedia ada kepada yang baru dari jenis “Water Saving Fitting”

Selain itu LAP turut menggantikan tangki air lama yang agak uzur di surau berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin ketika melawat kerja-kerja itu berkata, LAP akan terus melaksanakan program CSR dari semasa ke semasa.

“Kita berharap projek seumpama ini akan dapat menjimatkan penggunaan air,” katanya kepada Suara Perak selepas melawat surau Kampung Talang Trosor dekat sini pada Jumaat.

csr-lap 2

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Dzolkafly Harun dan Pengurus Besar LAP, Datuk Ir Mohd Yusof Mohd Isa.

Selepas di Kampung Talang Trosor, Zainol meninjau projek yang sama di Masjid Sultan Yusuf, Manong.

Terdahulu, Zainol merasmikan projek menukar kepala paip serta penggantian paip air komunikasi di Kampung Simpang Tiga Talang.

Menurut beliau, projek itu sekaligus menyelesaikan masalah tekanan air rendah yang dialami oleh penduduk kampung berkenaan.

 

csr-lap 3