PUTRAJAYA : Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan program e-Tunai Rakyat bertujuan membolehkan kerajaan mendapatkan maklumat dan data peribadi rakyat.

Jelasnya, kerajaan boleh mendapatkan data peribadi rakyat dengan mudah menerusi carian menggunakan kad pengenalan.

“Kerajaan tidak terbabit dalam perniagaan. Kita akan pastikan ini masih sulit dan terus dalam kawalan kerajaan.

“Kalau hendak sebut pasal data, semua ada dalam kad pengenalan, tidak perlu cara ini (program e-Tunai Rakyat),” katanya pada sidang media di Kementerian Kewangan hari ini -BH