KUALA KANGSAR: Golongan belia dijemput menghadiri Program e-Usahawan yang ditawarkan kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu perniagaan digital secara komprehensif pada 17 Disember ini.

Menariknya, kursus pemantapan strategi pemasaran digital tersebut yang dibuka kepada belia lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas, boleh disertai secara percuma.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Kangsar, Mustafa Shah Abd Hamid berkata, program tersebut merupakan inisiatif yang dicernakan hasil ledakan gelombang pemasaran secara atas talian yang semakin mendapat sambutan kebelakangan ini.

“Kami menyediakan kursus asas menggunakan laman sosial Facebook untuk tujuan keusahawanan, Facebook dan Instagram for business, cara penulisan kreatif iaitu Copywriting Techniques, Google Trend and Keyword dan macam-macam lagi.

“Prasyarat yang diperlukan hanyalah warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai keinginan serta minat untuk mempelajari kaedah pemasaran secara maya, dan mempunyai gajet dengan sambungan internet seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba,” katanya kepada Suara Perak.

Jelasnya, antara kelebihan utama program itu adalah ia memberi ruang untuk peserta mempelajari cara mempromosi bisnes dan idea bagi mengembangkan perniagaan mereka melalui Facebook secara percuma.

Menurut Mustafa, ianya bertepatan dengan visi kerajaan negeri untuk melihat belia berani mengorak langkah dalam dunia perniagaan secara lebih holistik dan aktif.

‘Program ini terhad kepada 50 orang peseta sahaja jadi jangan lepaskan peluang ini dengan segera, dan ianya akan dijalankan di

Dewan Tun Suffian,SMK Clifford bermula 9 pagi hingga lima petang.

Bagi orang awam yang berminat untuk menyertai, boleh menghubungi Megat Fitri di talian 012-498-0313 atau Kema di talian 0111-447-5036.

Mereka juga boleh terus menghantar butiran ke www.wasap.my/60124980313/KursusEUsahawan untuk menempah tempat duduk.