Oleh: Abd Razak Mohd Ali

PERTENGAHAN Disember lalu, bertempat di Padang Bola Sepak Kg Jong, Mukim Kerunai, Gerik, berlangsung satu program yang sangat unik dan berbeza dengan program-program yang pernah dianjurkan pelbagai pihak sebelum ini.

Selain mengembalikan nostalgia lebih 40 tahun lalu, program itu turut menampilkan pelbagai kelainan yang merentasi batas kaum, gender, usia, agama dan politik.

6d843298-4c53-435b-919a-a8da3eb578d5Program Jom Kapit Tebu: Kenduri Semukim yang diadakan dari 14 -16 Disember lalu berjaya mengetengahkan semangat gotong royong yang teramat tinggi di kalangan penduduk sembilan buah kampung.

Kampung-kampung itu ialah Kampung Pahat, Kampung Padang Stang, Kampung Kerunai, Kampung Jong, Kampung Plang, Kampung Lalang, Kampung Alai, Kampung Tun Saban dan Kampung Pahit.

Cukup mengkagumkan apabila penduduk tanpa mengira umur, wanita, pemuda dan dewasa saling bantu membantu di antara satu sama lain, bermula aktiviti membersihkan kawasan padang bola sepak pada 10 Disember.

Mereka bekerjasama menyediakan keperluan-keperluan untuk pameran, rumah-rumah kampung, persiapan pengantin dan pelbagai juadah warisan tempatan. Mereka turut menumbangkan lapan ekor lembu untuk dijamu kepada tetamu yang datang.

6c2acd8d-d0b6-4f18-a29b-e9cfd8846307

8482619e-012b-4942-b7a1-6f55a5b172b5Menu yang disediakan sangat unik, yang utamanya daging masak gulai Patani, daging masak gulai batang pisang dan daging masak hitam. Lebih unik apabila setiap kampung menyediakan menu istimewa kampung masing-masing.

Kampung Padang Stang dengan ayam goleknya, Kampung Plang (kerabu pucuk paku), Kampung Pahit (ulam-ulaman), Kampung Tun Sabah (kerabu sardin), Kampung Alai (siput gondang) dan umbut bayas disediakan penduduk Kampung Lalang.

Pada kemuncak program pada 16 Disember, mereka menyambut dan meraikan lebih 10,000 pengunjung dgn berpakaian tradisi lama orang Melayu yang datang dari jauh, termasuk anak-anak perantau di Ipoh dan Kuala Lumpur.

Mereka datang untuk melihat sendiri keunikan program yang menyediakan pelbagai pameran gambar lama, peralatan tradisional dan yang paling menarik mereka turut cuba menggunakan kapit tebu.

5c85d1ac-aba1-4702-b8ba-e91fc001b3feMengikut sejarah, aktiviti kapit tebu bermula sejak abad ke-14. Alatan dicipta daripada pokok kayu balak, terutamanya jenis kayu leban, digunakan dalam aktiviti untuk memerah tebu.

Selepas diperah, air tebu kemudiannya dimasak menggunakan kayu api, di dalam kawah di atas dapur tanah yang dikorek oleh orang kampung. Ubi kayu kemudiannya direbus di dalam kawah itu beberapa jam untuk menghasilkan `sutung ubi’ yang terkenal suatu ketika dahulu sebagai makanan di waktu santai.

b4652566-8cf4-4617-b3cf-135ce45acc66Program turut meraikan enam pasangan pengantin di samping beberapa permainan tradisional seperti kaki hantu, baling tin, galah panjang, batu seremban, konda kondi dan cak plong.

Selepas selesai program, penduduk kampung terus bergotong royong membersihkan kawasan padang yang akhirnya kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa aktiviti yang dijalankan di situ sebelumnya.

Menakjubkan dan mengkagumkan…itulah kesimpulan yang boleh dibuat daripada Program Jom Kapit Tebu: Kenduri Semukim di Padang Bola Sepak Kampung Jong, Mukim Kerunai, Gerik.

045d85d9-9bcd-4204-b022-47dace8a06e9Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman yang merasmikan program itu turut melahirkan rasa kagum dengan penganjurannya dan berharap ia akan menjadi acara tahunan melalui kerjasama pejabat daerah, pejabat khidmat wakil rakyat, pejabat penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

Koordinator yang juga pencetus idea program itu, Datuk Wan Azizi Datuk Seri Wan Mohamed pula berpendapat, program berkenaan amat tepat pada masanya, terutama sekali dalam usaha untuk mencari kaedah penyatuan ummah di samping mencapai intergrasi nasional.

“Program ini berjaya merapatkan penduduk setempat dan pengunjung tanpa mengira kaum, umur, gender, agama dan yang paling penting ia merentasi sempadan politik,” katanya kepada Suara Perak.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program tersebut, Wan Azizi juga berharap kerajaan negeri dapat menyahut cabaran penduduk kampung untuk memasukkan program Jom Kapit Tebu: Kenduri Semukim ke dalam Kalendar Pelancongan Negeri Perak