TAIPING: Lebih 120 anak muda sekitar kawasan Kamunting memeriahkan Program Sembang Santai yang diadakan bersempena dengan Program Pemukiman Menteri Besar Perak ke Parlimen Taiping dan Bukit Gantang pada Khamis malam.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti karaoke, permainan bola sepak, busking serta jamuan makan beramai-ramai.

belia-permukiman-2
Program yang bermula sekitar jam 10 malam di Dewan Orang Ramai Kampung Pak Dollah itu turut memberi peluang kepada golongan belia yang hadir untuk bertanyakan secara terus tentang isu semasa belia kepada tiga ahli panel yang mewakili kerajaan negeri.

Anggota panel terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, ADUN Temengor, Salbiah Mohamed dan Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Shahril Mohamed.

Antara isu yang dibincangkan secara terus ialah berkaitan kegiatan belia di kawasan luar bandar, isu premis premis perjudian, trek lumba motosikal dan juga isu politik semasa.