PENGKALAN HULU – Pertubuhan Mendidik Insan Cemerlang Larut Matang dan Selama sedang merancang siri jelajah Deruman Serantau berikutan kejayaan penganjurannya di Dataran Arena, di sini.

Pengerusinya, Mohd Yaakob Abdullah Puad berkata, program tersebut menghimpunkan peminat motosikal dengan demonstrasi perlumbaan oleh pasukan V-Fier Racing Team.

Beliau berkata, penganjuran program bertujuan memberi pengetahuan kepada peminat sukan permotoran tentang tunggangan selamat selain mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan anak Perak dalam bidang permotoran.

“Dalam program di Pengkalan Hulu, kita selitkan pengisian dakwah oleh penceramah terkenal iaitu Ustaz Haslin Bollywood dan Ustaz Akil Hayy.

Orang ramai melihat secara dekat pameran motosikal retro yang diadakan sempena program tersebut.
Orang ramai melihat secara dekat pameran motosikal retro yang diadakan sempena program tersebut.
“Sebenarnya program ini lebih kepada mendidik anak muda khususnya mat motor menunggang dengan cara yang betul,” katanya.

Pada tahun 2019, pihaknya merancang untuk mengadakan program dalam skala lebih kecil di daerah-daerah.

Katanya, dalam siri jelajah itu nanti, pengisian sama masih dikekalkan bukan sahaja pertunjukan permotoran tetapi memasukkan program ilmiah berbentuk kerohanian.

“Kita harap program ini membuka mata banyak pihak termasuk kerajaan negeri untuk diperluaskan kepada masyarakat terutama golongan muda,” katanya.

Dalam pada itu, program selama tiga hari berlangsung di Dataran Arena itu turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa empat buah motosikal yang kesemuanyanya dimenangi penduduk setempat – sinar