MANONG: Projek pembinaan Jambatan Manong yang menjadi antara isu utama kempen pilihanraya pembangkang pada PRK Kuala Kangsar tahun lalu, akan dimulakan secepat mungkin.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry berkata, buat masa ini pihak Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang membuat penilaian tender.

WhatsApp Image 2017-05-17 at 13.52.22WhatsApp Image 2017-05-17 at 13.52.21

Menurut beliau, surat penganugerahan projek (LA) dijangka akan dikeluarkan bulan hadapan.

“Kita berharap ia akan dapat dimulakan dalam kadar segera,” katany kepada pemberita selepas merasmikan Dataran Amanjaya Manong di sini pada Rabu.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal; Exco-Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, Datuk Mohd Zahir Abdul Khalid; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid, ADUN Manong, Datuk Kamil Shafei; ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Aminuddin Md Desa.

Dr Zambry berharap, dengan adanya Jambatan Manong, akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di Pekan Kecil Manong dan Dataran Amanjaya Manong.

Menurut beliau, pembangunan 41 pekan kecil di seluruh negeri akan menjadi pemangkin ekonomi setempat.

Beliau memberitahu, 15 pekan kecil sudah siap dibina manakala 15 lagi masih di dalam proses pembinaan.

Dalam pada itu, kata Dr Zambry, pembangunan pekan kecil yang dilakukan oleh Perak telah mendapat pelbagai pengiktiran pihak luar.

Beliau memberi contoh, Zahir yang mempengerusi program pembangunan itu dianugerahkan Doktor Kehormat oleh sebuah univerdaiti di London.

Pada majlis itu, Dr Zambry dan Mastura menyampaikan kit kecemasan ke semua kampung di Parlimen Kuala Kangsar yang dibahagikan kepada 11 zon.