IPOH: Projek Perladangan Nanas pertama di bawah Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) yang baru dilancarkan dijangka menjana hasil tahunan RM10.8 juta sekali gus memberi manfaat kepada penanam di Perak.
Dalam kenyataan hari ini, Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation) berkata, projek tersebut melibatkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Naza Plantation Services Sdn Bhd untuk membangunkan 59.49 hektar ladang nanas MD2 secara komersial di Lekir, Perak.
“Menerusi projek BCDP tersebut, Naza akan menyediakan benih nanas kultur tisu untuk ditanam dan mendapatkan hasilnya dengan mereka membekalkan semula nanas itu kepada Naza bagi pasaran tempatan dan eksport di bawah jenama premium ‘Tropicale’,” kata kenyataan itu.