IPOH: Susulan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, semua prosiding di Mahkamah Syariah seluruh negeri Perak turut terus ditangguhkan.

Penangguhan itu melibatkan sebutan, majlis sulh, perbicaraan dan segala urusan berkaitan Mahkamah Syariah.

Menurut kenyataan Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syarie Negeri Perak, Datuk Asa’ari Mohd Yazid, semua urusan itu ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut, boleh menghubungi Ketua Pendaftar ditalian 012-5173194 atau Penolong Penaftar 017-5911067 atau Emel: projkspk@esyariah.gov.my.