Oleh: Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Perak menyasarkan golongan belia dan keluarga untuk mengambil manfaat sepenuhnya dalam Program Triple Plus peringkat Negeri Perak.

b6299764-3254-4adc-a483-c190894075e0Pengurus Besar Negeri, PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed berkata, program itu merupakan ruang terbaik bagi rakyat Malaysia memperolehi pendapatan sampingan menerusi produk simpanan terbaru PTPTN, SSPN-I Plus.

Melalui Program Triple Plus, 12 keistimewaan SSPN-I Plus dapat dihebahkan dan dalam masa yang sama, masyarakat dapat menikmati komisen sehingga 25% dengan menjadi ejen PTPTN, semudah mengajak orang ramai membuka akaun SSPN-I Plus.

“Di Ipoh, kami menyasarkan kepada golongan belia, mahasiswa dan pekerja yang mencari pendapatan sampingan untuk menjana pendapatan bersama PTPTN, apatah lagi mereka yang baharu sahaja menamatkan pengajian, suri rumah dan usahawan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Seminar Program Triple Plus di M Roof Hotel yang dihadiri oleh sekitar 200 peserta.

Dalam program itu, masyarakat dari pelbagai latar belakang berpeluang mengikuti sesi motivasi, teknik pemasaran digital serta kemahiran perniagaan daripada penceramah terkemuka seperti Syuhaib Ithnin – Pakar Perancangan Kewangan, Amin Idris – Perunding Latihan & Motivasi dan Firdaus Azizi – Pakar Pemasaran Online.

e3a803f8-3ddd-4d84-bb34-060ac837791aAndi berkata, bermula 1 Januari tahun ini, insentif khas percuma RM50 akan diberikan kepada semua pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh kerajaan dan tiada syarat had pendapatan ibubapa.

Ibubapa hanya perlu membuka akaun SSPN-I Plus atau SSPN-I dengan simpanan terkumpul pada tahun 2017 hanya RM50, percuma RM50, katanya.

Andi berkata, di samping itu, ibubapa yang menyimpan dalam akauan SSPN-i Plus dan SSPN-i untuk manfaat anak mereka juga layak mendapatkan insentif pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 tertakluk kepada syarat dan terma.

“Kami mensasarkan sebanyak 700 pembukaan akaunSSPN-I Plus di negeri Perak sebulan dan apa yang penting adalah, rakyat wajar mempunyai kesedaran mengenai manfaat program ini, dan melabur di SSPN untuk masa depan anak-anak dan pendidikan mereka.

“Mulai bulan ini juga, PTPTN turut melancarkan kempen Cabutan Wow yang menawarkan ganjaran tunai lebih RM500,000.00 kepada lebih 2,500 pemenang khusus bagi yang mempunyai SSPN-I Plus.

fc4db667-031c-4c5f-8b97-b1679c1dff11

“Kami juga telah diiktiraf sebagai skim pendidikan yang menawarkan dividen tertinggi, iaitu empat peratus pada tahun 2016 dan mematuhi konsep Syariah dalam pengurusan skim simpanan ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Nur Amirah Muhd Noh, 27 berkata, beliau tidak menyangka seminar Program Triple Plus membuka matanya kepada pelbagai manfaat bukan sahaja untuk pendapatan sampingan malah tabungan masa depan.

“Saya berminat berniaga secara online, dan kami diajar teknik pemasaran digital, diberikan motivasi untuk tidak berputus asa dan cara kreatif mendekati pelanggan.

dcd740bb-ad40-41ff-b5f1-5b111fb17a24

“Saya yakin, saya akan mempromosikan SSPN-I Plus kepada ahli keluarga saya, dan akan merebut peluang menjana pendapatan sebagai Ejen Pemasaran Online,” katanya.

Pekerja swasta itu mengakui, belia hari ini perlu bijak mendekati mana-mana agensi kerajaan seperti PTPTN yang sedia memberikan teknik menjana kewangan dengan sahih dan strategik.

Kepada mereka yang berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi pejabat PTPTN Negeri Perak di talian 05-2498411 atau boleh rujuk lokasi Pejabat Cawangan PTPTN Perak melalui pautan www.ptptn.gov.my/web/guest/cwgn-negeri-perak.