KUALA KANGSAR: Pelan Tindakan Strategik (PTS) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) 2016 – 2020 yang dilancarkan tahun lalu, bukan untuk menyusahkan NGO di negeri Perak.

Sebaliknya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, ia bertujuan meningkatkan kualiti NGO sehingga mampu berdikari.

Menurut beliau, walaupun terdapat kira-kira 6,000 NGO berdaftar di negeri ini, banyak di antaranya tidak aktif dan bergantung kepada bantuan kerajaan.

“Kita mahu melahirkan NGO yang berkualiti yang tidak hanya bergantung kepada kerajaan, sebaliknya boleh membantu kerajaan dan komuniti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Veteran MAYC Perak di Pesisiran Sayong di sini pada Jumaat.

pts 2

Hadir sama Pengerusi Veteran MAYC Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Maslin Sham Razman.

Samsudin berkata, sebagai suara ketiga terbesar negara, NGO sepatutnya memainkan peranan untuk membantu menjayakan visi dan misi kerajaan.

Dalam hubungan ini, Hamdi pula berkata, Veteran MAYC akan membantu membantu kerajaan dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan dan keusahawanan.

“Kita akan buat program di semua daerah dengan sasaran untuk mengumpulkan 10,000 ahli tetapi jika lebih ramai, lagi elok,” kata beliau.

 

pts