TELUK INTAN – Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Changkat Jong di sini, ditutup pada jam 9.15 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Hilir Perak, Marlia Mohd Belia mengumumkan perkara itu selepas mendapati keadaan banjir mula pulih sepenuhnya.

Kesemua 46 penduduk daripada 16 keluarga dari Kampung Batu 8 dan Kampung Batu 9 dibenarkan pulang selepas ditempatkan di PPS berkenaan, Rabu lalu.Sekolah berkenaan adalah satu-satunya pusat pemindahan dibuka susulan banjir selepas hujan lebat beberapa hari lalu mengakibatkan limpahan air Sungai Bidor dan Sungai Sungkai.

Banjir bekenaan kejadian keempat yang menimpa penduduk dalam tempoh tiga bulan – sinar