TELUK INTAN – Pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Taman Desa Aman, di sini, ditutup jam 12.15 tengah hari ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Hilir Perak, Shamsul Ridzuan Idris selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun penduduk di minta terus berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir akan berulang ekoran cuaca dan musim terkujuh di negara ini.

Sebelum ini, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS tersebut seramai 34 orang sejak ia dibuka pada 11 Oktober lalu.

Bagaimanapun satu lagi PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong masih lagi dibuka membabitkan jumlah keseluruhan mangsa seramai 171 mangsa melibatkan 48 keluarga – sinar