Dua veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin diibaratkan meminta diri mereka disingkirkan oleh parti apabila memilih memberi sokongan kepada gabungan parti pembangkang PKR.

Penyandang kerusi Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Abd Aziz berkata kedua-dua pemimpin itu amat memahami disiplin dan peraturan parti, justeru mereka sudah pasti sedia maklum dengan tindakan yang menanti mereka kerana mengkritik kerajaan di pentas ceramah pembangkang.

Menurutnya mereka tahu akibat daripada perbuatan mengkhianati UMNO yang merupakan parti politik yang menjadi pegangan mereka sebelum ini.

“Pada saya semasa mereka keluar untuk menyokong pembangkang mereka sudah tahu yang mereka akan dibuang, jadi dalam Bahasa Inggeris ‘They Asked For It’ (mereka yang minta). Mereka sepatutnya faham (tindakan membuang itu) kerana mereka menunukkan satu tindakan dan contoh yang tidak baik kepada ahli lain,” katanya.

“Jadi jika UMNO tidak ambil tindakan kepada orang seperti ini, ahli lain akan fikir wujudnya ‘double standard’ di dalam parti.

“Oleh itu saya hanya mahu katakan ‘good riddance a bag of rubbish’ kepada orang sebegini,” kata Nazri kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyertai kira-kira 100 orang penduduk di RPA Mior Aris, di sini untuk minum petang dalam siri program berkempen beliau di sekitar Kuala Kangsar, hari ini.

Mengulas mengenai isu Tun Dr Mahathir Mohammad yang dihalang daripada melawat kubur Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz oleh keluarga beliau, Nazri berpendapat sekiranya Tun Dr Mahathir ikhlas untuk memperbaiki hubungan dengan Allahyarham pasti ianya boleh dilakukan ketika Allahyarham masih hidup lagi.

Namun, kata Nazri, keluarga Allahyarham lebih memahami kerana Dr Mahathir hanya berminat berbuat demikian dengan bermotifkan politik.

Katanya pencalonan Dr Mahathir untuk Pilihan Raya ke-14 ini di mana Tun dikatakan banyak berlakon dalam drama ‘klip video airmata’ dan tidak ikhlas untuk menziarahi kubur Allahyarham

“Saya menyokong 100 peratus tindakan yang diambil oleh keluarga Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan apa yang Nik Adli lakukan ini betul, tepat.

“Kalau saya pun jadi keluarga Allahyarham saya tak akan benarkan untuk diadakan adegan lakonan video klip di kubur Allahyarham, tepat dah tu,” ujar beliau.

BERITA BERKENAANAziz Bari Batal Ceramah Selepas Pendedahan Komplot DAP Dapatkan Jawatan MB Perak