IPOH– Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke majlis bacaan Yassin dan doa selamat sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 peringkat negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, hari ini.

Ketibaan baginda pada jam 12.35 tengahari disambut oleh Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Azumu, dan barisan Exco kerajaan negeri.
Yang turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Gazali Jalal serta Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan.

Selesai bacaan Yassin dan doa selamat ,baginda dan para jemaah menunaikan solat Jumaat secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah.