Oleh:Nazialita Geynna Maharan

KUALA KANGSAR: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Kunjungan Kasih Pandu Puteri Negeri Perak yang berlangsung di SMK Bukit Merchu, di sini pada petang Sabtu.

Keberangkatan baginda turut diiringi oleh Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang juga merupakan Yang Dipertua Pandu Puteri Negeri Perak.

Majlis tersebut diadakan sempena bulan Ramadan dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid.

 

Raja-permaisuri-baiduri 2Dalam ucapan alu-aluannya, Datin Mastura menyampaikan rasa penghargaan beliau kepada kesudian Pandu Puteri memilih Kuala Kangsar sebagai lokasi utama program berkenaan.

Majlis diserikan dengan alunan nasyid dan sesi penceritaan kisah-kisah al-Quran oleh pelajar SK Tambun, Ipoh selain penyampaian sumbangan oleh Raja Permaisuri Perak dan Raja Puan Besar Perak.

 

Raja-permaisuri-baiduri 3