TAIPING: Sempena cuti Tahun Baru Cina ini, penduduk Taiping tidak perlu pergi jauh untuk meluangkan masa dan merakamkan saat-saat bahagia bersama keluarga.

Spritzer EcoPark menyediakan tempat menarik bagi seluruh penduduk Taiping.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, Spritzer EcoPark dihias indah umpama taman dengan pepohon berbunga, buluh dan tanglung merah pelbagai saiz.

Pelbagai lokasi disediakan untuk pengunjung merakamkan saat-saat manis bersama yang tersayang di sekitar Spritzer EcoPark bermula daripada 23hb Januari hingga 8hb Februari.

Antaranya adalah ingot emas yang merupakan simbol kekayaan dan keberuntungan bagi masyarakat Cina, “Wishing Well” dan photo booth.

Para peminat fotografi juga mempunyai banyak lokasi untuk merakamkan pelbagai aktiviti disekitar Spritzer EcoPark.

Gabungan antara alam semulajadi, aktiviti yang dijalankan dan dekorasi yang dipasang khusus sempena acara ini, tentunya menjadi daya tarikan bagi penggemar fotografi.
Hiasan sempena sambutan Tahun Baru Cina ini merupakan sebahagian daripada usaha menunaikan  tanggungjawab korporat sosial Spritzer, dengan menyediakan aktiviti bagi seluruh penduduk Taiping.

Ia juga merupakan salah satu pilihan bagi keluarga untuk berkumpul dan bergembira sempena cuti ini.
Spritzer EcoPark mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi seluruh penduduk Taiping.