JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, setiap rakyat negara ini bertanggungjawab untuk mempertahankan perlembagaan negara.

Tunku Ismail berkata demikian sebagai jawapan kepada pertanyaan pengguna laman sosial Twitter mengenai isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tunku Ismail berkata, tanggungjawab itu juga merujuk kepada perlembagaan negeri dan negara.

“Saya secara peribadi percaya ia adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk mempertahankan perlembagaan.

“Sama ada ia adalah perlembagaan negeri atau pun negara,” katanya menerusi laman Twitter rasminya, sebentar tadi.

Tunku Ismail berkata, rakyat juga seharusnya tidak melupakan tradisi, warisan dan sejarah yang berlaku di negara ini.

“Menjadi liberal dalam pembangunan dan inovasi adalah bagus tetapi kita tidak seharusnya lupa tradisi, warisan dan sejarah kita,” katanya – berita harian