KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berharap semua kejayaan, pencapaian serta pengiktirafan dalam pelbagai bidang yang dicapai oleh negara sebelum ini akan dapat dipertingkatkan.

Justeru, baginda menitahkan supaya kerajaan, pihak swasta dan rakyat hendaklah terus bekerjasama dalam usaha menyusun masyarakat, terutama memperbaiki ekonomi rakyat yang masih terpinggir.

“Pembelaan terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir tidak harus dilihat sebagai dasar diskriminasi perkauman tetapi sebagai usaha menebus ketidakadilan sosial yang diwarisi sekian lama.

“Di persada antarabangsa, beta amat menyokong langkah-langkah yang diambil untuk terus memperkukuhkan kerjasama yang terjalin dengan negara-negara anggota ASEAN khususnya dan dunia amnya demi kesejahteraan rakyat serta negara,” titahnya dalam ucapan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-14, hari ini – berita harian