IPOH: Seorang lelaki dipercayai rakyat Myanmar maut dilanggar komuter di Kilometer84.25, Cangkat Larah, Kamunting pagi tadi.

Menurut polis, siasatan awal mendapati komuter itu bertolak dari Padang Rengas ke Bukit Mertajam pada jam 8.54 pagi apabila pemandunya terlihat seorang lelaki melalui tepi landasan di kilometer tersebut dan membunyikan hon amaran namun tidak diendahkan oleh lelaki berkenaan.
Lelaki tersebut yang memakai kain pelikat dan berbaju T dipercayai berjalan ditepi landasan menghala ke utara telah dilanggar komuter berkenaan sebelum tercampak lebih kurang 3 meter daripada tepi landasan ke longkang berhampiran.

Lelaki berumur dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun itu yang tidak mempunyai sebarang dokumen diri meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan teruk di kepala, patah kaki dan tangan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.