KAMPAR – Adun Kepayang, Dr Ko Chung Sen melahirkan rasa keyakinan bahawa rakyat Malaysia kembali bersatu padu tanpa mengira bangsa dan kaum sejak Harapan berjaya mengambil alih kerajaan pusat.

Katanya, ia ditunjukkan dalam Tabung Harapan Malaysia apabila mendapat kutipan derma melebihi RM75juta daripada rakyat dalam beberapa hari sejak dilancarkan.

Menurutnya, ia juga menunjukkan keyakinan dan sokongan penuh rakyat kepada kerajaan yang dibentuk.

“Ini juga membuktikan  negara kita sedang menuju ke era yang baru.

“Apabila kerajaan dan rakyat bergading bahu untuk melangsaikan  hutang negara dan memulihkan ekonomi negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap dalam majlis penyerahan ikhlas yang dianjurkan oleh Pertubuhan Ikram Ipoh, di sini.

Dalam majlis pemberian sumbangan ikhlas ini, Chung Sen mewakili pihak penganjur menyerahkan sumbangan kepada penerima.

Beliau juga memuji pihak penganjur atas usaha mereka untuk memberi sumbangan kepada golongan miskin tanpa mengira bangsa dan masa – sinar