MANJUNG – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Perak tidak goyah ataupun rasa tergugat dengan hasil dapatan Invoke yang meramalkan BN akan kehilangan Perak dalam Pilihan Raya Umum-14 nanti.

Dr Zambry yang juga Menteri Besar berkata malah beliau sendiri tidak bimbang dengan kajian tersebut.

“Saya tidak bimbang dengan hasil kajian badan pemikir seperti Invoke kerana memang sudah jadi trend pembangkang gemar menggunakan ‘big data’ sebagai ramalan. Bagi saya ia tidak boleh dijadikan sebagai keputusan muktamad,” katanya.

4281badf-a13a-4104-b1e0-f0b82c60ead3 (1)Beliau berkata keyakinannya terhadap kemampuan BN untuk mempertahankan Perak bukan bersandarkan cakap-cakap kosong.

“Invoke boleh sahaja buat apa jua ramalan dia nak tapi yang penting daripada segi pendekatan, gerak kerja serta usaha-usaha yang telah kita lakukan selama ini, kita juga yakin boleh baca di mana kedudukan kita dan bagaimana penerimaan pengundi.

Kita ada cara kita bagaimana nak pastikan pengundi di satu-satu kawasan itu menjadi pengundi BN…dan kerja ini telah kita lakukan dah lama,” katanya.

Jelas Dr Zambry selain Perak, Invoke turut meramalkan Negeri Sembilan, Johor dan Kedah bakal dirampas Pakatan Harapan.

“Biarlah Invoke ke…Provoke ke…itu dia punya masalah lah (ramalan kajian),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengarah Invoke Rafizi Ramli ketika membentangkan kajian di forum “GE14 Prediction Forum: What The Big Data baru-baru ini.

Mengikut kajian itu, Kedah, Perak dan Johor akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) selain Pakatan akan mendapat kemenangan besar di Selangor dan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 berikutan tsunami Melayu.