Subscribe Now

Trending News

Rasuah: 2 lagi anggota polis ditahan
Nasional

Rasuah: 2 lagi anggota polis ditahan 

JOHOR BAHRU 8 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Batu Pahat menahan dua anggota polis berpangkat koperal dan lans koperal semalam kerana dipercayai menerima sebahagian daripada rasuah bulanan.

Menurut sumber, kedua-dua anggota polis berusia 50 dan 28 tahun yang bertugas di Balai Polis Pagoh itu ditahan pukul 4 petang di 
Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat.

BERITA HARIANLans Koperal Ditahan Terima Rasuah RM700

Tangkapan itu dibuat susulan daripada penahanan seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang bekerja di balai sama kelmarin kerana disyaki telah menerima wang rasuah RM700 secara bulanan daripada seorang staf kontraktor sejak November 2017 hingga Januari 2018.

“Kedua-dua anggota polis berkenaan disyaki telah menerima sebahagian daripada wang RM700 rasuah bulanan bagi November dan Disember 2017 dan bulan Januari 2018 yang diterima oleh suspek pertama.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kedua-dua suspek turut menerima wang rasuah tersebut untuk tujuan yang sama, iaitu sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan ke atas majikan pengadu yang mengambil pekerja asing tanpa permit bekerja di tapak pembinaan sekitar Pekan Pagoh,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Related posts