IPOH: Seorang pegawai kanan TenterĂ  Diraja Laut Malaysia (TLDM) berpangkat Leftenan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menerima suapan sebanyak RM104,971.97 di Mahkamah Seksyen Ipoh pada Isnin.

Hakim S. Indra Nehru turut memerintahkan S.Kuvendran, 32, membayar denda sebanyak RM40,000 atau dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut tuduhan, Kuvendran didakwa menerima wang berjumlah RM104,971.97 tersebut daripada akaun CIMB milik Nasir Abdullah yang merupakan hasil daripada aktiviti yang sama.

Semua pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh di antara 7 Januari 2014 dan 11 Mac lalu di Bank CIMB Cawangan Seri Manjung, Taman Samudera, Seri Manjung.

Kuvendran telah membayar hukuman denda yang dijatuhkan terhadapnya.