KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi rebat cukai pendapatan sebanyak RM20,000 setiap tahun untuk tempoh tiga tahun kepada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi mulai 1 Julai ini sehingga 31 Disember 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rebat ini bagi membantu 900,000 syarikat PKS dan usahawan tempatan termasuk menggalakkan penubuhan entiti baharu PKS.

Katanya, kerajaan juga bersetuju mengecualikan duti setem bagi surat cara percantuman dan pemerolehan syarikat PKS bagi transaksi bermula 1 Julai sehingga 30 Jun 2021.

Insentif itu diumumkan Perdana Menteri ketika membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini