KAMPAR – Remaja perempuan berusia 15 tahun yang melahirkan seorang bayi, Sabtu lalu akan akan diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, ketika ini, remaja terbabit bersama bayi perempuannya dianggarkan berusia tujuh bulan masih menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Ibu dan bayi itu masih di hospital, kita akan serah pada JKM sebaik dibenarkan keluar,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu, remaja berkenaan melahirkan seorang bayi perempuan di tandas rumahnya di Taman Diawan, di sini, dipercayai hasil hubungan bersama adik lelakinya berusia 13 tahun.

Remaja terbabit dilaporkan kehilangan banyak darah sementara bayi itu disyaki mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terhentak di mangkuk tandas.

Hasron Nazri berkata, murid lelaki itu telahpun ditahan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan – sinar