Subscribe Now

Trending News

Remaja maut rempuh kereta buat pusingan U
Nasional

Remaja maut rempuh kereta buat pusingan U 

KUANTAN 17 Feb. – Seorang remaja maut manakala adiknya cedera apabila motosikal ditunggang mereka merempuh sebuah kereta yang tiba-tiba membuat pusingan U di Kilometer 4 Jalan Bentong-Karak dekat sini semalam.

Muhammad Alif Haikal Nordin, 19, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Yusof Unis berkata, adik mangsa, Muhammad Akmal Danial, 18, dipindahkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh dari Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

“Pemandu dan penumpang kereta itu tidak mengalami kecederaan serius.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu dari kawasan air terjun Chamang menuju ke sebuah hotel namun membuat pusingan U menyebabkan motosikal di belakang dari arah sama tidak sempat mengelak,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related posts