Parit Buntar: Anggota bomba berjaya memujuk remaja perempuan yang cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Kuala Kurau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa berusia 18 tahun cuba terjun dari jambatan berkenaan sebelum tindakannya itu disedari anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melalui kawasan itu.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar berkata, anggota JPJ berkenaan kemudiannya cuba memujuk mangsa namun tidak berjaya sebelum menghubungi bomba.

Katanya, anggota bomba yang tiba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memujuk remaja perempuan berkenaan.

“Remaja perempuan yang berjaya dipujuk itu kemudiannya diserahkan kepada ibu bapanya sebelum operasi ditamatkan pada 7.47 malam,” katanya.

-myMetro