BEAUFORT: Seorang remaja perempuan maut selepas terjatuh daripada kereta api yang bergerak di Batu 62, dekat sini, petang tadi.

Mangsa berusia 15 tahun itu dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kepalanya terhempas akibat terjatuh daripada kereta api itu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Seorang remaja perempuan duduk di tepi tangga antara dua gerabak dengan kaki terkeluar sebelum kakinya tersangkut pada kayu berhampiran landasan.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhempas lalu meninggal dunia,” katanya.

Azmir berkata, kes masih dalam siasatan polis dan maklumat lanjut akan menyusul selepas laporan penuh diperoleh – berita harian