Kota Belud: Remaja perempuan berusia 17 tahun patah paha kiri manakala seorang wanita parah di kepala selepas kenderaan dinaiki bertembung di Jalan Bypass Kudat di Kampung Lebak Moyoh di sini, jam 9.02 malam, semalam.

Norhidayah Koboy yang juga penumpang depan Perodua Viva dan Susiyanti Mohlis, 36, penumpang depan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser Prado dikeluarkan anggota bomba sebelum dibawa ke Hospital Kota Belud.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud Rozlan Osman berkata, 11 anggota termasuk dua anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pangkalan Abai serta sebuah jentera dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kami mengeluarkan kedua-dua mangsa dan memberi rawatan awal sebelum membawa mereka ke hospital.

“Dua lelaki berusia 19 tahun dan 56 tahun yang memandu Perodua Viva serta Toyota Land Cruiser Prado cedera ringan di dada,” katanya ketika dihubungi – metro