PETALING JAYA: Restoran milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Jalan PJU 5/20e Kota Damansara, di sini, diserbu penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu dipercayai kerana meletakkan meja yang menghalang laluan.

MBPJ yang dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu.

Aliff melalui siaran langsung di akaun Facebooknya (Fb Live) meluahkan kekecewaan terhadap tindakan pihak penguat kuasa yang turut merampas peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.

Bagaimanapun, Aliff memberitahu operasi restoran berkenaan berjalan seperti biasa selepas serbuan itu – berita harian