Pasti ramai yang gemarkan rancangan realiti TV Korea yang mempunyai peminat yang ramai iaitu Running Man walaupun sudah tujuh tahun bersiaran. Bahkan ketika pengumuman rancangan itu akan ditamatkan pada penghujung Februari ini membuatkan ramai yang berasa sedih.

Runnning Man itu sendiri mempunyai satu jenama yang kuat hinggakan setiap cenderahati yang menggunakan nama Running Man akan mendapat perhatian ramai. Oleh kerana itu sebuah restoran yang dinamakan Running Man Go telah dibuka dan terletak di Sitiawan, Perak.

Mula beroperasi pada 1 Januari baru-baru ini, restoran yang mempunyai enam bilik makanan yang boleh menempatkan kira-kira 50 orang pelanggan dalam satu-satu masa menyajikan makanan yang berunsurkan Korea.

Pelanggan yang datang ke restoran ini boleh membuat pilihan untuk makan secara set ataupun ala carte. Disamping itu restoran ini turut menyediakan steamboat ala korea yang terdiri daripada pilihan seafood, daging atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Restoran RunningMan Go ini turut menyediakan makanan seperti Dolsot bibimbap, Rapokki, Heamul Pajeon dan pelbagai lagi makanan bercirikan Korea bagi memenuhi selera peminat masakan korea di Malaysia.

Restoran ini juga menyajikan hidangan ayam goreng Korea seperti Yangnyeom Chicken yang mempunyai rasa pedas-pedas manis ataupun Ppuringcle Cheese Chicken.

Berkenaan status halal restoran ini, pihak pengurusan restoran telah memaklumkan di Facebook rasmi mereka bahawa mereka kini dalam proses permohonan sijil pengesahan halal daripada JAKIM dan restoran mereka tidak menyajikan arak dan juga babi dalam menu mereka.

Bagi yang berada di Perak dan kawasan yang berdekatan bolehlah datang ke Restoran RunningMan Go ini.